Friday, 12 August 2011

Apa itu minyak kelapa dara ?


Minyak kelapa dara ialah minyak yang dikeluarkan daripada buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas yang tidak akan merosakkan struktur asal ataupun khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses tanpa menggunakan haba atau kimia dan ia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. 

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dibuat oleh pakar negara Barat sejak dari awal tahun 1930an. Kebanyakan kajian telah dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa adalah sebahagian besar pemakanan harian. Pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Apakah yang terkandung dalam minyak kelapa dara (VCO) hingga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini selalu muncul dalam perbualan seharian. Oleh sebab itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan minyak kelapa dara (VCO). 

Dari hasil beberapa kajian, ternyata minyak kelapa dara (VCO) mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. 

Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.