Sebagai sebuah syarikat yang telah berjaya memenangi beberapa anugerah industri, pihak Bio Asli sentiasa memastikan produk minyak kelapa dara yang dihasilkan adalah berkualiti. Tambahan lagi , produk minyak kelapa dara bio asli bukan hanya untuk pasaran malaysia , tetapi juga pasaran luar negara.
Bagamana minyak kelapa dara diproses?
Minyak Kelapa Dara bio asli dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tiada menggunakan haba untuk memastikan struktur lemak atau fatty asid yang kaya dengan "lauric acid" tidak rosak seperti standard yang telah ditetapkan.
Apakah proses pembuatan minyak kelapa dara bio asli terjamin kualitinya ?
Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksidan dalam minyak kelapa dara tiada perubahan serta hilang syarikat bio asli telah menggunakan teknik khas hasil dari penggabungan, pengubahsuaian dan idea ciptaan pihak bio asli sendiri dalam proses untuk menghasilan minyak kelapa dara .
Oleh itu, proses penghasilan minyak kepala dara bio asli adalah tidak menggunakan enzim (merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksidan) dan pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF).
Selain itu, proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat di mana proses ini menghilangkan antioksidan. Kelebihan minyak kelapa dara bio asli ialah ia dihasilkan dengan teknik 100% permentasi (tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin). Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 mikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.
No comments:
Post a Comment