Friday, 26 August 2011

Kualiti minyak kelapa dara bio asli


Sebagai sebuah syarikat yang telah berjaya memenangi beberapa anugerah industri, pihak Bio Asli sentiasa memastikan produk minyak kelapa dara yang dihasilkan adalah berkualiti. Tambahan lagi , produk minyak kelapa dara bio asli bukan hanya untuk pasaran malaysia , tetapi juga pasaran luar negara.

Bagamana minyak kelapa dara diproses?

Minyak Kelapa Dara bio asli dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tiada menggunakan haba untuk memastikan struktur lemak atau fatty asid yang kaya dengan "lauric acid" tidak rosak seperti standard yang telah ditetapkan.

Apakah proses pembuatan minyak kelapa dara bio asli terjamin kualitinya ?

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksidan dalam minyak kelapa dara tiada perubahan serta hilang syarikat bio asli telah menggunakan teknik khas hasil dari penggabungan, pengubahsuaian dan idea ciptaan pihak bio asli sendiri dalam proses untuk menghasilan minyak kelapa dara
Oleh itu, proses penghasilan minyak kepala dara bio asli adalah tidak menggunakan enzim (merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksidan) dan pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). 
Selain itu, proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat di mana proses ini menghilangkan antioksidan. Kelebihan minyak kelapa dara bio asli ialah ia dihasilkan dengan teknik 100% permentasi (tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin). Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 mikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.

Sunday, 21 August 2011

Minyak kelapa dara bio asli


Definasi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara adalah minyak yang dikeluarkan daripada buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas tertentu dan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  di dalam buah kelapa tersebut
 
Minyak Kelapa Dara Bio Asli (PURE) –VCOP

Minyak kelapa dara asli ini diproses secara semulajadi tanpa haba dan juga kimia lain. Terdapat sekurang kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. 

Kajian sains menunjukkan kelebihan minyak kelapa dara ialah ia amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Minyak kelapa dara sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

KANDUNGAN:
100% - Minyak Kelapa Dara

Fat types and Its %
150g
100%
Saturated
138g
92%
Monounsaturated
9g
6%
Polyunsatured
3g
2%
Natrition Fact :
Unit
per150ml
Total sugar
g
0.0
Carbohydrate
g
0.0
Energy
g
0.0
Protein
g
0.0
Cholesterol
g
0.0
Fat
g
150
Fatty Acid Component %
% w/w
C6
1.35
C8
9.87
C10
7.00
C12
49.81
C14
18.00
C16
6.85
C18
2.36
C18-1
4.30
C18-2
0.53


Saturday, 20 August 2011

Kenyataan pakar mengenai minyak kelapa dara


Di bawah saya kongsikan kenyataan pakar mengenai kelebihan minyak kelapa dara yang terbukti melalui kaedah saintifik yang saya dapat dari laman web mengenai Bioasli. Oleh itu tak perlu ragu-ragu lagi untuk menggunakan minyak kelapa dara dalam mencapai kesihatan sebenar ataupun untuk mengubati penyakit.

Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik. 
-Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division,Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S. 

Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.                                 
-Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.                              
-Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)

“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.                              
-Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP   (Clinical Nutrition)

Friday, 12 August 2011

Apa itu minyak kelapa dara ?


Minyak kelapa dara ialah minyak yang dikeluarkan daripada buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas yang tidak akan merosakkan struktur asal ataupun khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses tanpa menggunakan haba atau kimia dan ia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. 

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dibuat oleh pakar negara Barat sejak dari awal tahun 1930an. Kebanyakan kajian telah dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa adalah sebahagian besar pemakanan harian. Pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Apakah yang terkandung dalam minyak kelapa dara (VCO) hingga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini selalu muncul dalam perbualan seharian. Oleh sebab itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan minyak kelapa dara (VCO). 

Dari hasil beberapa kajian, ternyata minyak kelapa dara (VCO) mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. 

Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.